Sunday, 24 March 2013

Kuala Lumpur

~bismillah~

Kuala Lumpur . . . itulah kisah pd kali ini. =)

Tujuan asal dtg ke KL adlh utk pergi majlis kahwin tp dah alang2 sampai KL teruslah ambil kesempatan utk berjalan sempena cuti yg singkat. Blh dikatakan sbg 'Cuti yg tak dirancanglah'.

Lokasi yg terpilih adlh Aquaria KLCC

Mula-mula masuk je jumpa ikan PIRANA dulu. Giginya sgt hodoh.

Blh sentuh Tapak Sulaiman, Gamat & anak ikan Jerung Buluh.


Tengok Belut Elektrik pula.

Seronok tgk binatang ni main kejar-kejar. Tiba-tiba rindu nk tgk cerita Narnia pula.

Nutria Water Rat. Comel!



Banyak betul spesis Buaya ni.
Alligator Snapping Turtle.



Belajar pasal kupu-kupu & rama-rama pula.



 Dah mcm nama syampu pula ikan ni.

Pelbagai spesis labah-labah


 Jom main mata.
;-)


Kalau tak salah dekat nama katak ni ada perkataan Bumblebee. Hurmm...

 Euww... Hehehe...

Sibuk cari mana ular tu sembunyi...

 Bukan org shj yg ada Albino, binatang pun ada.





Lupa pula nama ular ni.

 Tingkat seterusnya . . .





Cantik!


Mari kita jalan dalam terowong.
OCEANARIUM.

Tgk ikan pun berpeluh . . .


Pari berehat . . .Dah kenyang agaknya.


Penyu . . .

Ikan makan ikan.


Petua nak nampak garang dr Encik Jerung,
Tak perlu Gosok Gigi. Hahaha!


 PERHATIAN!!!
Oh...mcm tu rupanya.

Ikan polka dot (sendiri beri nama, hehe)



Hanya imaginasi si dia shj, hahaha . . .

 Asyik menonton ikan, mcm tgh tgk movie pun ada juga.


Seronok tgk ikan tu semua. Rasa mcm nk berenang sama tp tak blh sbb hny ada paru-paru tak ada insang.
Hehe. . .



Rehat sekejap bila letih, nasib baik jumpa kerusi dlm gelap ni.

Obor-obor kecil, lupa pula apa nama sebenarnya.

Mari kita ketahui apa disebalik kulit ikan jerung.

 Mini Aquarium


Banyaknya ikan Nemo

Salah satu spesis ular air kalau tak silap.


Udang pun sibuk nak bertinju.


 Kepentingan Hutan Paya Bakau dlm hidup kita!


Sblm balik berikan sokongan utk aktivis yg membantah pembunuhan terhadap ikan jerung hny utk mendapatkan siripnya. Hny perlu mengisi nama & emel, mudahkan?

 Souvenir 

Harimau Putih a.k.a Harimau Benggala, Singa laut, Globe Nemo & Potret Famili.


* Dah seminggu baru blh post entry ini. Balik dari cuti tak dirancang terus dapat demam tak dirancang, huhu . . . Redha je la.


Saturday, 9 February 2013

PERMULAAN 2013 . . . (bhgn 2)

~bismillah~

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia . . .

Saja nak kongsi cerita lg... walaupun tak se Gah kisah Cinderella. =P

Sebenarnya kita tidak sedar yg setiap hari kita akan melalui perkara yg sama & ini blh lg berulang pd masa akan dtg. Cuma cara kita menghadapinya yg membuatkan kita rasa berbeza & seterusnya kita tidak sedar. 
Iya ke? Ini hny pendapat diri sendir. Setiap org ada kefahaman & kepercayaan yg tersendiri (bkn percaya perkara yg karut tu tau), jd terpulanglah pendapat masing-masing.
Okey2, kalau rasa ayat diatas agak atau sgt berbelit maksudnya, harap dpt abaikannya shj. Hehe . . .



Bln Jan 2013. . . Semestinya Ulang Tahun Kelahiran diri sendiri, hehe . . . dah lepas pun. Terima kasih pd semua yg bg ucapan ulang thn kpd diri ini. Terima kasih juga pd BOS & rakan sekerja yg rajin nk sambut & tak lupa juga utk hadiah yg diberi. Tapi yg plg penting TERIMA KASIH pd mak & ayah sbb tak lupa dan sempat lg tu masak sedap ( pulut kuning + rendang ayam + kek), dah mcm masa kecil-kecil dulu. 




Bln Feb 2013 . . . Kita pun baru sj masuk bulan Feb dan lbh kurg 1 hari saja lg nak sambutan Tahun Baru Cina.
 
WAN SHI RU YI, 
maksudnya mcm 
'Wish you luck for the whole year'. 
(Harap tak silap translate, sbb ingat-ingat lupa maksud yg telah d pelajari)
*Ini adalah hasil tulisan saya sendiri ya. 

Maaf gambar dah tak boleh nak dibetulkan lg. ("-")
Okey, yg tgh tu sy pny. Jadinya yg kiri kanan tu anak murid yg pny.

Jadi nak bg ucapan dkt blog sendiri ni. GONG XI FA CAI utk semua masy. cina di Malaysia ini dan juga kawan-kawan tidak kiralah dimana sj mereka berada. 

Oh ya, sempena tarikh 8 Feb 2013 ini, 
nak ucapkan pd mak yg 1 ni HAPPY BIRTHDAY MAMA. 
Sempena hari jadi mak, mak pun cuti dr masuk dapur. Jadinya si AYAH lah yg kena belanja makan. Haha, terima kasih ayah & terima kasih mama.


Lumrah hidup . . .

Baiklah, seterusnya nak kongsi cerita sedih sikit. Sedih sbb kucing yg ada kat blkg rumah, dah tiada . . . mati kerana dah lama sakit. Kesian dgn Buta (nama si mati, sbb dia mmg buta sebelah mata), tp lg kesian dgn Panjang (anak si mati) sbb dia Panjang tak jumpa mak dia pun. Dah mlm baru dia bising bila tak nampak mak dia. Bg makan pun dia tak nak. Baru 2 hari lepas si Buta pergi. (Dah siap tanam bwh pokok mangga belakang rumah, lps ni makin subur la pokok mangga org belakang tu.)


~ SEKIAN ~


Wednesday, 6 February 2013

PERMULAAN 2013 . . . (bhgn 1)

~bismillah~

Keingingan Tahun 2013 . . .

1. Ada kwn baru utk membebel dkt rumah. Tentulah si comel. Nak bela dr kecil juga! Hahaha . . .

 

2. Pergi bercuti bersama keluarga. Destinasi, masih lg dlm pemilihan. Perancangan yg teliti pun perlu kalau tidak kurg seronok lah jadinya. Cutilah masalah paling besar, perlu merancang lbh baik kalau tidak bos mesti tak luluskan cuti. Hahaha . . .
   

 

3. Ganti telefon bimbit baru. Sentiasa 'survey' jenis telefon yg berkenan dgn jiwa & harganya yg berpatutan. Tp nampak gayanya, perlu lewatkan keinginan yg 1 ini sbb chager dan bateri laptop telah membuat mogok secara rasminya. Jd nak tak nak kenalah ganti yg ini duit.

3. Sambung 'study'. Masih dlm dilema, bkn tak tahu nk buat keputusan tp perlu fikir dgn semasaknya . . . Bnyk faktor . . . dan kalau blh tak nak lari bidang sbb dah mula mendalam perasaan utk bdg yg sekarang ini.

4. Tambah lg bnyk koleksi buku kat rumah ni . . .
(^-^)

5. Tak sabar nak konvokasi . . . Belajar sudah, Periksa sudah, Praktikal Sudah, Keputusan pun dah tahu tinggal hari pakai jubah amek skroll. Hehehe, semoga semuanya berjalan lancar.

6. Ambil ujian lesen memandu kereta dan motor DAN mesti LULUS !
("-")


~SEKIAN~

* Buang tabiat sbb tidur lambat dan post sesuatu kat blog, pdhl dah lewat dan ESOK KERJA!

Monday, 7 January 2013

UMUR ? ? ?

~bismillah~

Assalamualaikum . . .
Tak tahu nk cerita apa sbnrnya. Yg sbnrny tgh sibuk pikir umur berapa? Hehehe, kerja gilakan? Tahu.... Tp sejak habis belajar ni bila org tny berapa umur kena kira dulu dlm hati. Psl x melekat pula kat kepala otak ni berapa nombor yg sepatutnya. Sampailah waktu tgh menulis ni otak masih x jumpa jwpn, nomber sblh dpn dah pasti tp yg sblh blkg tu yg x pasti. Baru lps kira pun dah lupa. Masalah konsentrasi btl la. Ini kalau semua cikgu matematik yg pernah ajar Gadis mesti geleng  kepala x berhenti. Hehehe . . . Mmg   memalukan. Maafkan sy ye Cikgu. =)



Sunday, 23 December 2012

Rezeki . . .

~ Bismillah ~

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.



Sesungguhnya mmg kita tidak dpt mengagak rezeki kita, tapi kita blh sentiasa berusaha dan berdoa kpd Allah utk memiliki rezeki yg lbh elok dan bagus.

     Buat masa ini Gadis pun sedang berusaha utk mencari rezeki dlm pekerjaan yg lbh baik. Bukan bermaksud pekerjaan skrg tidak bagus tetapi Gadis mempunyai impian utk bekerja seperti apa yg telah Gadis pelajari selama 3 tahun di alam universiti.Gadis dpt jangka yg alam yg akan Gadis tempuh akan lbh susah drpd waktu yg akan Gadis tempuh sekiranya berjaya menjadi seorang Jurupulih Carakerja. Tapi Gadis ttp menginginkannya kerana . . . kerana nak rasa apa perasaannya. Perasaan bekerja berkenaan dengan apa yg  telah kita pelajari dan apa yg di impikan ketika mula mempelajari bidang berkenaan di universiti dulu.

Gadis sendiri sentiasa berusaha utk mencapai cita-cita yg satu ini agar dapat mencapai impian yg lain, yg di impikan apabila telah memasuki alam pekerjaan dan seterusnya akan menempuh masa depan.

     Walau apa pun, kerja Gadis sbg seorang guru pendidikan utk anak-anak kecil di Tunas ttp akan Gadis nikmati detik-detik itu. Dan akan mengaplikasi ilmu yg berkaitan dlm program pengajaran seharian utk anak-anak murid nnt.