Sunday, 23 December 2012

Rezeki . . .

~ Bismillah ~

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.



Sesungguhnya mmg kita tidak dpt mengagak rezeki kita, tapi kita blh sentiasa berusaha dan berdoa kpd Allah utk memiliki rezeki yg lbh elok dan bagus.

     Buat masa ini Gadis pun sedang berusaha utk mencari rezeki dlm pekerjaan yg lbh baik. Bukan bermaksud pekerjaan skrg tidak bagus tetapi Gadis mempunyai impian utk bekerja seperti apa yg telah Gadis pelajari selama 3 tahun di alam universiti.Gadis dpt jangka yg alam yg akan Gadis tempuh akan lbh susah drpd waktu yg akan Gadis tempuh sekiranya berjaya menjadi seorang Jurupulih Carakerja. Tapi Gadis ttp menginginkannya kerana . . . kerana nak rasa apa perasaannya. Perasaan bekerja berkenaan dengan apa yg  telah kita pelajari dan apa yg di impikan ketika mula mempelajari bidang berkenaan di universiti dulu.

Gadis sendiri sentiasa berusaha utk mencapai cita-cita yg satu ini agar dapat mencapai impian yg lain, yg di impikan apabila telah memasuki alam pekerjaan dan seterusnya akan menempuh masa depan.

     Walau apa pun, kerja Gadis sbg seorang guru pendidikan utk anak-anak kecil di Tunas ttp akan Gadis nikmati detik-detik itu. Dan akan mengaplikasi ilmu yg berkaitan dlm program pengajaran seharian utk anak-anak murid nnt.

Sunday, 18 November 2012

Ragam Manusia Dalam Kehidupan.

~bismillah~

Assalamualaikum readers . . .

Ada bnyk yg nk dikongsikan tp tak tahu nk mula dr mana (ayat klise bila blogger dah lama x menulis. habis tu nk buat mcm mana? dah mmg faktakan? hehehe...). Hurm??? (berfikir sejenak)

Dah lama Gadis tidak menjenguk blog ini, sebenarnya tidaklah sesibuk mana cuma malas utk menghidupkan laptop yg sudah senior ni. Huhuhu . . .

Sepanjang waktu Gadis tidak menimbulkan diri di laman blog ini, ada satu dua perkara yg Gadis belajar ttg perangai manusia ini ;



1. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Dr sek. dulu kita sdh belajar maksudnya, tp selagi kita tidak menghadapi situasi ini kita susah utk memahami perasaan dr ayat ini.



2. Talam dua muka. Orang yg bermuka-mukalah yg menjadi cabaran utk diri kita. Ini kerana kadang-kala kita tewas dengan kebaikannya.



3. Ilmu seseorang itu akan membezakan dirinya. Apa maksud? Lebih bnyk kita terdedah dengan dunia luar maka kita akan sedar bhw ilmu itu penting utk diri kita. Tp ini x bermaksud kita blh memandang org lain yg tidak ada sekeping ijazah atau diploma, ini kerana mereka mungkin ada alasan atau sebab mereka sendiri. Tp satu yg Gadis ketahui walaupun kita ada kelulusan tidak mustahil org akan memandang rendah pada kita. 



Buat masa ini Gadis hanya mampu berdoa agar dikuatkan Hati agar kuat menghadapi org2 sebegini dan jauhkanlah Hati ini agar tidak mudah terpengaruh. 




melihat kebesaran ALLAH adlh terapi yg bagus dikala merasa tekanan yg tidak tertanggung. rindu zaman belajar sbb masa belajar kat kolej dulu kalau stress mesti luangkan masa utk tgk awan yg pelbagai bentuk.

Friday, 31 August 2012

Salam Merdeka!


Salam Merdeka buat teman-teman semua, harap masih blm terlambat utk Gadis mengucapkannya.

Dan buat negaraku yg tercinta, Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan yg ke-55.


*p/s: Buat mereka yg cukup umur dah (21 thn), jgn lupa utk segera mendaftarkan nama anda sbg pemilih (PENGUNDI). Nnt kalau lambat tak boleh mengundi, dan seterusnya anda tidak ada hak utk memilih siapa yg anda rasa PALING LAYAK utk memerintah Malaysia utk mengekalkan KEMERDEKAAN yg kita miliki pd hari ini.

Kerja oh kerja . . .


Sdh lama x post apa-apa entry kat blog ni. Semuanya sbb malas. Malas yg berpunca drpd keletihan bekerja. Seharian letih melayan karenah kanak yg istimewa ini. Kerja sbg cikgu juga sgt menguji kesabaran. Iyalah, sbb terpaksa melayan karenah kanak-kanak yg tdk sama sprt kanak-kanak lain. Walaubagaimanapun, mereka jugalah yg sering membawa senyuman & keriangan dlm cerita hidup Gadis ini.

Sekarang tgh sibuk dgn persiapan 'Annual concert' utk TUNAS a.k.a SYNAE (nama sek./ tadika tempat Gadis bekerja)
Jd, setiap hari akan ada latihan tarian kanak-kanak ni. Dan kami cikgu-cikgu sibuk utk membuat segala persiapan dr kostum sehinggalah ke pentas. Oleh kerana tarikh konsert yg bakal tiba jd kelas terpaksa d tangguhkan dan semua murid akan fokus pd latihan konsert. Sudah semestinya mereka lg seronok sbb tdk perlu belajar. Tp setiap diri mereka ada kelebihan diri masing-masing.

Hasil titik peluh drpd 4 org cikgu di TUNAS.

*Antara anak murid yg semestinya akan dtg awal pd setiap hari.

Selain itu, sempena konsert ini juga turut diadakan pertandingan 'Buttoning' & juga membuat Tanglong yg melibatkan bkn shj ibu bapa pelajar tetapi para cikgu juga. Utk aktiviti 'buttoning' ialah menghasilkan sesuatu menggunakan butang.

Inilah hasil kerja Gadis;

* Hanya gambar tanglong yg dpt Gadis masukkan, sbb gmbr butang tlh hilang dr simpanan.
=(

Kalau lihat dr gambar pun dah blh agak barang apa yg digunakan utk membuat tanglong 3D ni. Kenapa tapak sulaiman? Sbb mengikut tema konsert iaitu 'Under the Sea'



Baiklah sampai di sini shj kelas kita utk hari ini. 


THANK YOU TEACHER,
BYE BYE TEACHER,
SEE YOU TOMORROW.

*ini yg student akan ckp bila kelas tamat. waktu inilah blh dgr suara emas kanak-kanak ni semua.

Krim Pemutih

Krim Pemutih On the Spot


Pernahkah anda jumpa Krim Pemutih yg kalau sapu ke atas kulit akn dpt terus memutihkan kulit anda pd waktu itu juga. Entah apa namanya, Gadis pun x berapa nk tahu. Mmg betul ianya dpt memutihkan kulit dgn segera, tp adakah bhn-bhn yg digunakan SELAMAT? Hurm, yg itu Gadis x pasti. Jadi kalau ada sesiapa yg ada maklumat lanjut apa salahnya kita kongsikan bersama.

Sebenarnya ada cerita yg nk Gadis coretkan di sini, ianya berkenaan dgn krim pemutih inilah. Petang smlm Gadis pergi jalan-jalan di Pasaraya Giant di sekitar J.B., dan lalu di hadapan jurujual krim ini.Jd sprt biasalah, jurujual akan membuat promosi dgn mengedarkn risalah produknya. Gadis tiada niat utk membeli produk ini, tp sbb dah lalu depannya nak ambil sajelah risalah yg dihulur.


Okey cerita yg tidak menyenangkan hati bermula disini,
Jurujual hulur risalah, Gadis sambut. Ok lg. Tp Gadis rasa pelik, knp kertas ni susah sgt nk tarik? Ok, patutlah, mamat ni masih lg pegang risalah tu dgn utuh sekali. Dah mula x Ok, sbb nampak dia colet Krim Pemutih tu dan lepas tu dia sibuk nak calit kat tangan Gadis pula. Amboi, ini dah lbh! Ini mmg panas hati, sesuka hati je nk main calit-calit. Tindak balas oleh Gadis ialah lepaskan risalah tu & terus gelelng kepala tanpa henti & terus melangkah meninggalknnya.

Mmg benar ini sudah mnjd pekerjaan mereka, tp masih tidak salah jika mereka turut menjaga adab ketika bekerja. 

Tuesday, 7 August 2012

Rangkaian Cinta



Di usia muda, begitu mudah utk lalai dlm perasaan KASIH a.k.a CINTA. Lbh2 lg jika ianya merupakn pengalaman pertama dlm kehidupn. Begitu mudah utk melepaskn & meluahkn segala rasa yg bersarang d hati mereka secara umum, ini kerana mereka mmpunyai pemikirn bru dlm diri mereka stlh mereka keluar ke dunia luar. Tp mereka tdk brfikir lbh lama ttg masa dpn mereka yg masih jauh.

Cinta itu mmg indah & sbb itulah ALLAH memberi setiap dr kita peluang utk merasainya. Tp sbg hamba-NYA kita harus bijak dlm menangani perasaan ini, perasaan yg blh membawa bhgia & kdg kala akan ada air mata yg mengalir.

Cinta bkn hny melibatkn 2 manusia, tp sbnrnya ia akan mengaitkan ramai org d sekeliling kita. 

Sunday, 15 July 2012

Teacher oh Teacher . . .

Bismillahirahmanirrahim . . .

Ya, sekarang Gadis telah pun menempuh alam pekerjaan. Bekerja sebagai cikgu memang susah, lagi-lagi kalau yg menjadi anak murid kita itu adalah kanak-kanak istimewa. Sebagai cikgu pendidikan khas ini memang lain cabaran yg perlu kita tempuh. Ini kerana mereka lain daripada yg lain. Mereka memang sangat istimewa. Hari pertama bekerja saje dah ada budak yg suka dengan kita, itulah yg menaikkan semangat Gadis utk pergi bekerja setiap hari. 

Teacher yg lain kata Gadis terlalu lembut dgn budak-budak, sebenarnya fakta ini tidak benar. Gadis tidak rasa kita perlu garang sepanjang masa kerana sekiranya mereka nakal sudah menjadi tugas kita utk mendidik. Takkanlah hanya kesalahan kecil pun kita perlu terus marah. Kadang-kala kita terlupa yg budak-budak ini tidak sama seperti anak-anak yg lain walaupun secara fizikalnya mereka kelihatan sangat okey. Dan sebenarnya mereka bukan nakal tp itu adalah cara mereka utuk menarik perhatian kita. Jadi bagi Gadis, Gadis ada cara yg tersendiri utk mengajar anak-anak istimewa. Walaupun Gadis bukanlah dari kelulusan pendidikan khas kanak-kanak, tp ilmu dari Bidang Pemulihan Carakerja yg telah dipelajari selama 3 tahun dapat dimanfaatkan. Insyallah dgn ilmu yg ada ini, akan dpt membantu Gadis dlm membantu anak-anak murid Gadis.

Walaubagaimanapun, Gadis masih lagi bercita-cita utk menjadi seorang Jurupulih dan bekerja di institusi kesihatan. Harap rezeki itu akan ada, Amin . . .