Sunday 15 July 2012

Teacher oh Teacher . . .

Bismillahirahmanirrahim . . .

Ya, sekarang Gadis telah pun menempuh alam pekerjaan. Bekerja sebagai cikgu memang susah, lagi-lagi kalau yg menjadi anak murid kita itu adalah kanak-kanak istimewa. Sebagai cikgu pendidikan khas ini memang lain cabaran yg perlu kita tempuh. Ini kerana mereka lain daripada yg lain. Mereka memang sangat istimewa. Hari pertama bekerja saje dah ada budak yg suka dengan kita, itulah yg menaikkan semangat Gadis utk pergi bekerja setiap hari. 

Teacher yg lain kata Gadis terlalu lembut dgn budak-budak, sebenarnya fakta ini tidak benar. Gadis tidak rasa kita perlu garang sepanjang masa kerana sekiranya mereka nakal sudah menjadi tugas kita utk mendidik. Takkanlah hanya kesalahan kecil pun kita perlu terus marah. Kadang-kala kita terlupa yg budak-budak ini tidak sama seperti anak-anak yg lain walaupun secara fizikalnya mereka kelihatan sangat okey. Dan sebenarnya mereka bukan nakal tp itu adalah cara mereka utuk menarik perhatian kita. Jadi bagi Gadis, Gadis ada cara yg tersendiri utk mengajar anak-anak istimewa. Walaupun Gadis bukanlah dari kelulusan pendidikan khas kanak-kanak, tp ilmu dari Bidang Pemulihan Carakerja yg telah dipelajari selama 3 tahun dapat dimanfaatkan. Insyallah dgn ilmu yg ada ini, akan dpt membantu Gadis dlm membantu anak-anak murid Gadis.

Walaubagaimanapun, Gadis masih lagi bercita-cita utk menjadi seorang Jurupulih dan bekerja di institusi kesihatan. Harap rezeki itu akan ada, Amin . . .


2 comments:

azalia hjsalleh said...

congrats atin !
x pe.. tin carilah pengalaman dulu
nanti kalau ada peluang keje as OT..cpt2 grab =)
apapun lya bangga dgn atin
love u

Cik Gadis Desa said...

Thanks lya ;-)
sorry lambt reply, bkn bz sgt tp letih sgt sampai nk on9 kat lappy ni.
Kalau ada peluang jd OT insyallah x kn lps kn lg.
Lya pun all the best, Miss U. Hehehe...