Sunday 15 July 2012

Status Baru, Masalah Baru . . .

Bismillahirahmanirahim . . .

Umur dah bertambah, kematangan pun kenalah bertambah.Pengalaman hidup akan menjadikan seseorang itu lebih cekal & kuat. Ada kejadian yg menambahkan keyakinan diri dan tak mustahil juga akan ada kejadian yg meruntuhkan semangat dan keyakinan diri seseorang itu. Memang benar setiap yg berlaku dalam kehidupan kita itu ada hikmahnya.

Secara kebiasaannya, jika sesuatu berlaku dlm hidup, org akan menasihati kita agar menerimanya dgn hati yg redha. Dan bila kita menangis akan ada yg cuba memujuk kita agar lebih kuat, menyuruh kita terima shj & tak kurang juga yg mencemuh kita kerana lemah dan tidak kuat menghadapi dugaan. Pada pendapat Gadis, mmg betul kita kena redha menerima semua ini tapi setiap org pasti ada cara tersendiri utk menjadikan diri mereka lebih tabah selepas apa yg terjadi. 

Bagi Gadis sendiri, kalau ada masalah lebih baik kita memberi ruang & masa utk kita berfikir tentangnya. Memang benar jika kita ada masalah kita harus segera menyelesaikannya, tapi kadang-kala hanya masa yg boleh membantu kita dalam menghadapi & menyelesaikan masalah.



Harap setiap saat yg dilalui ini dapat membantu diri ini lebih kuat dalam menghadapi setiap dugaan dari yg Esa.



*Sesungguhnya saya juga hanyalah salah satt hamba Allah yg hidup di muka bumi ini, jadi selagi saya bernafas selagi itulah saya sering silap dan ingin merubah diri ini lebih baik.

No comments: